Wednesday, August 6, 2008

Kuasa mahasiswa

MESKIPUN tergolong dalam kelompok kecil dalam komuniti masyarakat, peranan dan suara mahasiswa tetap digeruni kerana boleh mengubah senario sosial dan politik sesebuah negara.Lihat saja bagaimana kekuatan mereka menenggelamkan keamanan dan melumpuhkan ekonomi sekali gus bagaikan memberi amaran, mereka golongan kecil. tetapi berkuasa.Mempunyai tanggapan peranan golongan ini hanya terhad dalam lingkungan kampus dan akademik semata-mata adalah tidak benar kerana mereka juga agresif ketika berdepan masyarakat jika memperjuangkan sesuatu isu.Justeru, segelintir pihak berpendapat, golongan ini sangat berbahaya kerana boleh mencetuskan huru-hara dan perlu dikekang dengan akta atau peraturan tertentu bagi ‘merantai’ kebangkitan mereka.Pertikaian ini secara tidak langsung memberi reaksi pro dan kontra kepada pihak bersetuju atau membantah.Penyelidik, Paul R Brass dari Universiti Stanford, United Kingdom berkata, kebangkitan mahasiswa tidak boleh di anggap mudah kerana gabungan mereka mencetuskan ge lombang baru dalam merubah senario dunia.Menurutnya, golongan ini mampu mengungguli perubahan kerana mereka lebih peka terhadap perkembangan sesuatu isu, lebih berpendidikan dan bersatu padu.“Secara kasar, golongan ini dilihat seperti satu kelompok lemah yang hanya memberi fokus pada kehidupan dan tanggungjawab dalam kampus. Sesiapapun tidak kisah ke hadiran mereka kerana dilabelkan sebagai pihak berkecuali. “Bagaimanapun, kuasa sebenar terletak pada golongan ini kerana kekuatan mereka akan terserlah jika bersatu. Pada waktu itu sudah tentu kebangkitan sukar dihalang kerana sebagai golongan terpelajar, mereka tahu mengenai hak, isu dan sebagainya.“Kebangkitan ini sekali gus membuktikan golongan ma hasiswa tidak boleh diketepikan sesuka hati. Peranan, suara serta pembabitan dalam aktiviti perlu diberi perhatian kerana mereka boleh dikatakan sebagai kelompok yang mendo minasi perubahan,” katanya.Kebangkitan suara mahasiswa bukan sesuatu perkara luar biasa dalam masyarakat global, malah polemik ini sudah berlarutan berabad lalu.Mereka membawa satu revolusi baru dalam menuntut perubahan, perjuangan hak dan isu masyarakat serta mem buka mata pelbagai pihak mengenai hala tuju yang harus diperjuangkan.Tampil dengan pelbagai idea, fahaman dan kepercayaan, golongan ini percaya mekanisme bersatu dan suara lantang yang digunakan mampu memberi tekanan sekali gus mem bawa pembaharuan.Brass berkata, di sesetengah negara, mahasiswa percaya peranan sebagai golongan terpelajar wajar dipelbagaikan supaya masyarakat menyedari, mereka masih mempunyai barisan pejuang yang boleh diharapkan.“Bagaimanapun, tindakan agresif keterlaluan mengundang ketakutan pada segelintir pihak lain dan turut mencetuskan keadaan huru-hara.“Mereka kata ini perjuangan, tetapi mengapa mesti ada keganasan dan kecederaan? Apakah ini golongan diperlukan masyarakat untuk memperjuangkan masa depan atau dipilih sebagai pemimpin?” katanya.Pendapat itu bagaimanapun disangkal profesor daripada Universiti Moi, Nairobi, Gilbert Ng’etich, yang berpendapat isu mahasiswa tidak perlu diperbesarkan dan harus dilihat dari sudut positif.Ng’etich berkata, secara rasional golongan itu boleh di anggap berkecuali dan tidak mudah menimbulkan kekacauan tanpa alasan kukuh.Menurutnya, kebangkitan atau sikap memprotes hanya wujud jika merasakan suara masyarakat tidak didengari dan memerlukan penjelasan.“Menganggap mereka sebagai pencetus huru-hara memang tidak benar kerana perjuangan itu dilakukan dengan alasan konkrit dan rasional. Mungkin ada yang melakukannya kerana kepentingan diri, tetapi bukan semua.“Faktor seperti tertindas atau konflik juga boleh men cetuskan rasa tidak puas hati. Mereka berharap menerusi cara ini ada pihak tertentu mendengar rintihan yang juga secara tidak langsung mewakili masyarakat keseluruhan.“Prasangka segelintir masyarakat yang melabelkan mereka sebagai golongan ganas, berbahaya dan tidak bertamadun adalah keterlaluan. Anda tidak boleh melabelkan begitu kerana mereka ada kredibiliti serta maruah sebagai golongan terpelajar dan berilmu.“Berdasarkan soal selidik dilakukan, senario dicetuskan mahasiswa seluruh dunia disebabkan ada isu tertentu yang ingin diperjuangkan. Ia jarang berlaku kerana suka-suka atau hasutan kerana mereka mampu buat penilaian sebelum bertindak,” katanya.Revolusi itu juga boleh menjadi medan golongan muda bersuara dan meluahkan pandangan kepada pihak tertentu.Menurutnya, cara ini secara tidak langsung boleh me lahirkan golongan berani memikul tanggungjawab, ber keyakinan tinggi serta boleh diharapkan sebagai pengganti pemimpin akan datang.“Kebanyakan masyarakat hanya melihat kebangkitan ma hasiswa dalam aspek negatif seperti demonstrasi jalanan. Aspek negatif ini sering diperbesarkan.“Mengapa tidak menilainya daripada aspek lain seperti melahirkan golongan muda berani menyumbang idea, ber interaksi atau menyuarakan pendapat. Sekurang-kurangnya pihak atasan tahu inilah kehendak rakyat.“Mereka golongan muda yang mewakili suara golongan itu, pendapat mereka sewajarnya didengari kerana turut mem punyai kesamarataan hak bersuara,” katanya.Bagaimanapun, Ng’etich bersetuju kebangkitan secara ag resif wajar dipantau kerana mencetuskan polemik bukan saja di kalangan masyarakat, tetapi mampu melumpuhkan in dustri pendidikan keseluruhannya.“Golongan ini sudah diiktiraf sebagai kelompok disegani, sewajarnya perlakuan juga dijaga bagi menggambarkan tang gapan itu tidak silap. Meluahkan pendapat, ketidakpuasan hati, hak dan sebagainya perlu mengikut tatacara dibe narkan.“Masyarakat pula jangan suka ambil kesempatan mem provokasi golongan ini kerana ia bakal memusnahkan ins titusi keseluruhan dan menyimpang daripada landasan per juangan sebenar,” katanya.Ngo Quynh, pengerusi sebuah organisasi pelajar di sebuah universiti di Ho Chin Minh, Vietnam, berpendapat golongan terpelajar alaf baru lebih praktikal dalam menyuarakan pendapat, peka serta prihatin.“Jika anda berpendapat kami mudah diperalatkan, itu tidak benar malah paling sukar dipengaruhi. Kami akan bertanya pelbagai soalan sebelum memulakan apa jua tindakan.“Tanggapan skeptikal ini tidak adil tapi apa cara lain boleh kami lakukan selepas pihak terbabit tidak mahu berunding? Kami hanya memperjuangkan hak dan membantu mereka teraniaya,” katanya.